Wednesday, July 25, 2012

Bulan Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum, ;-)



Lama dah tak buat entri di blog ini, terlalu sibuk dengan urusan kerja fokus hanya pada kerja tidak mahu ada ganggu lain. Alhamdulillah hari ini dapat luangkan masa sikit untuk buat entri baru. Dari bulan April yang lepas aQ last coretkan sikit tentang aQ, terlalu cepat masa berlalu pergi pejam celik...pejam celik...ummhhh Cakk... :-) sekarang dah masuk bulan Julai atau lebih afdal aQ sure korang tahu bulan ini bulan Ramadhan. Kita berkongsi sikit tentang Ramadhan Almubarak bersama-sama yew.....

Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti“panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud“menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai“hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawih dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.


Salam Ramadhan dari saya......

Dalam bulan puasa tahun ini aQ cuba memupuk diri aQ agar lebih dekat kepada Yang Maha Esa..Allah SWT...Allahu Akbar....

Berpuasa...puasa juga kerja tetap perlu buat...itu sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari rezeki. Dalam bulan puasa ini kesibukan kurang sikit kerana menghormati umat islam, muslimin dan muslimat menyambut puasa. Aq pun banyak menimba ilmu agama sejak bulan ramadhan ini untuk menambah pengetahuan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit..,kan kawan-kawan semua.....???



Bazaar Ramadhan
Sapew lew yang tidak tahu tentang bazaar di MALAYSIA nie...tanya jew tentang bazaar ramadhan semua orang dah tahu, kanak-kanak yang setahun jagung pun dah tahu tentang bazaar. Banyak persoalan bermain di lubuk hati..(heheheee....jiwangnyew..)
Apew yang ader di bazaar ramadhan..??
Menu apew yang ader di sana..??
Sedap kew tak sedap..??Mahal kew makanan di bazaar..??
Eeehhhhhh.... macam-macam lew persoalan nyew....


Sapew yang dah pergi bazaar pasti tahu jawapan  tentang persoalan diatas tuh.!! Almaklum lew mereka dah ke bazaar...tetapi bagi aQ sendiri dari pergi ke bazaar ada baiknya masak sendiri lebih terasa nikmatnya berbuka juadah.....rr...Pasti dah terbayang-bayang sekarang ini nak masak apew kan....??...heheheeee.... Attually aQ tengah buat entri pun sambil berfikir nak masak apa untuk juadah berbuka hari nie. Walaupun bujang aQ kena membantu Mama untuk sediakan menu petang ini.. ~(Eemmm.... idea..idea...idea plzz....)~



Tips Penjimatan Bulan Mulia Ini

Tips 1: Masak sendiri di rumah
Tips 2: Merancang perbelanjaan di bazaar ramadhan
Tips 3: Berbuka di masjid/surau
Tips 4: Elak berbuka puasa di hotel
Tips 5: Fokus kepada ibadah dan elak ber”shopping”



Sudahkah Anda bersyukur atas makanan Anda hari ini?


Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang aQ perolehi sekarang dan kawan-kawan yang lain kita kena saling mengingati yew orang yang tidak mampu bagaimana keadaan mereka di bulan puasa ini.....



Akhir kata, rebutlah peluang berjumpa dengan ramadhan pada tahun ini dengan sebaik-baiknya. Belum tentu kita masih berpeluang untuk merasai Nikmat ramadhan pada tahun hadapan. Semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun yang lalu.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa” (Al-Baqarah:183)“Barangsiapa mendirikan puasa ramadhan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari & Muslim)


“Seorang hamba yang berpuasa dalam sehari di jalan Allah, maka akan dijauhkan Allah orang tersebut pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh 70 musim dingin.” (HR Bukhari & Muslim)


“Sesungguhnya puasa itu perisai. Maka jika salah seorang dari kamu berpuasa, jangan berkata keji dan kasar. Kalau dia dicela atau hendak diperangi seseorang, hendaklah ia berkata, sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (HR Bukhari & Muslim)




 Selamat berpuasa dan beramal!



Terima kasih membaca entri ini !x