Monday, August 27, 2012

Siapa Insan Yang Menjadi Jodoh Kita

Assalamualaikum...,

Saya selalu tertanya-tanya siapakah si dia yang akan menjadi jodoh saya. Kita sebagai hamba Allah sememangnya tidak dapat mengetahui siapa jodoh kita. Jodoh, hidup mati Allah yang menentukan. Persoalannya, bagaimanakah kita ingin mengenali siapakah jodoh kita? "

~IsmaOshin~


Masih dalam mood raya... "Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012" still belum terlambat ^_^ . Untuk entri nie mood ke arah memikirkan sesuatu yang akan terjadi so biarkan jari terus menari untuk menulis apa yang tidak terluah secara realiti.

Cerita tentang jodoh aQ sendiri menjadi persoalan bukan mudah untuk mencari jodoh. Kena carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya USAHA.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajipan untuk mentadbir.

Dalam usaha kita mempercepatkan aQ perlu berdoa dan bermohon kepada Allah agar sentiasa beroleh keberkatan dan rahmat-Nya. 

Apa yang bermain di lubuk hati ini jodoh bukan perkara main-main yang memerlukan 3M iaitu Memaklumkan, Memaafkan dan Memotivasikan. Keserasian antara jodoh kita perlu ada nilai-nilai tersebut. Persediaan dalam pelbagai aspek... Bersediakah aQ? Kita nantikan persoalan itu semua pada entri akan datang yew..... 
Insya-Allah....


Thank You Baca Entri Ini ! Xoxo....

No comments: